Thursday 30 August 2012

Breast feeding

Bismillah.

I believe that every mommy-to-be like me will always hope to breast feed the baby :) Semua orang cakap, apapun kena set niat untuk susukan baby, despite all the challenges await.

I have made basic research on this, but today I want to jot down several milk booster for my reference later, so that I will not forget.



I got the tips from my favourite mommy blog which is Barely Supermommy by Dr. Harlina :)

To produce more milk:

 1) Drink a lot of water.

 

Yes, of course. Kalau tak cukup air, macam mana nak ada susu kan. At least 3L a day. Wow! :)

2) Drink Horlicks
 

Dr. Harlina says Horlicks contains MALT that increases the milk production naturally.

 3) Lobak putih (white radish)

 

Cook as preferred. Easily found in the market.


4) Halba (fenugreek)


 


Rendam dalam air dan minum. Available in tablet form at the pharmacy.
5) Kurma - kurma menukarkan kalori kepada tenaga dengan, ibu menyusu sangat memerlukan tenaga ini.

6) Sawi and steamed fish
7) Keep on pumping! 2-3 jam sekali
8) MUST BE STRESS FREE, DEFINITELY!
9) Berdoa dan minta dengan Allah :) 

Oh, memang saya pilih sikit sahaja, the ones yang saya rasa saya boleh amalkan. As they work differently on different people right? ^^ All the best to me!

36 weeks ^^ - final touch

Bismillah.

I'm currently at 36 weeks pregnant now, Alhamdulillah :) People says baby can pop out at any time by now! Phewww! Happy and excited indeed! According to my due date which is on 20th of September 2012, there are almost 4weeks more to go :) And I've check my family line labour history (from Mama and eldest sister), their first baby pop out 1 week later than the EDD. So, I'm prepared for that too (though I secretly hope baby comes out earlier :p).

PREPARATION

I'm almost done with the basic preparation (very basic one) because I believe that we'll get along to complete it bit by bit. Except for my ubat for pantang, bengkung, baby cot (on the way) and baby carrier/ stroller. I have to make a quick decision by now which ubat to use during maternity confinement.

MEDICATION DURING CONFINEMENT

Yes, I have asked almost EVERY MOM I met about the medication they use during confinement and still haven't got my choice. *because I believe that opinions are opinions and things work differently on different people* So, I have to try first then only will get the accurate testimonial. :)

I do not have a strict tok nenek that will prepare Jamu Mak Dara for me to be honest. Hehe. My mum and mother-in law are very simple minded and doesn't believe in all those strict pantang. Yes, modern Mommies! They've highlighted me with the basic rules and that's it I would say. It's a relief too because I know that I will not be served with merely ikan kering and ikan bilis during pantang! So, that's why i have to do quite a lot of homework on this :)

I think that I have three final favourites which are Nona Roguy, Amway Tropical Herbs and Leesa Formula Confinement. I will update on my choice soon.

Till then , wassalam :)


Saturday 4 August 2012

Check list

Assalamualaikum.

Minggu ini, Alhamdulillah baby turns 33 weeks old. Esok, 6 Ogos 2012 insyaAllah my scheduled ANC at Klinik Kesihatan, Jitra.

Dah masuk 33 weeks ni, makes me more berdebar. :) Ya la, lagi one month plus minus to go. So, untuk mengurangkan debaran itu, I want to write down my checklist untuk Mama dan baby. Tak pastilah complete atau tak, but at least I have my own plan.  Checklist ini pun saya rujuk kepada banyak blog, kerana saya belum ada pengalaman^^

Checklist untuk Mama (semasa check-in hospital dan selepas melahirkan) :

  1. Buku merah - ini adalah buku yang mencatatkan segala information kesihatan tentang ibu semasa mengandung. Buku ini penting untuk diserahkan kepada pihak hospital samada swasta atau kerajaan ketika register untuk bersalin, kerana tercatat segala 'pregnancy development and history' untuk rujukan doktor. Bagi ibu yang telah memilih hospital swasta mungkin tidak memerlukan buku ini, tetapi kerana saya mahu prepare for the worst, jadi saya register juga di Klinik Kesihatan Daerah.
  2. T-shirt/ Nursing T-shirt (2-3 helai)
  3. Stokin (2-3 helai)
  4. Kain batik / seluar longgar
  5. Toiletries
  6. Maternity pad
  7. Panties (disposable panties recommended)
  8. Nursing wear
  9. Instant drinks (3 in 1 Milo, Kurma sebagai light snack)
  10. Selipar dalam rumah
  11. Anti septic dettol untuk cuci luka
  12. Cotton balls
  13. Camera (untuk ambil gambar baby! yeayy!)
Checklist semasa berpantang :
  1. Bengkung
  2. Pakaian yang sesuai
  3. Ubat- ubatan untuk berpantang
Checklist barang asas baby (1st day) - semua ni diletakkan siap-siap comel-comel dalam beg :
  1. Baju newborn (2 pasang)
  2. Barut (2 helai)
  3. Sarung kaki dan tangan
  4. Pampers newborn
  5. Bedung (napkin)
  6. Towel
  7. Minyak Telon/ Yun Yi
Checklist barang baby complete set :
  1. Beg baby 
  2. Pakaian baby
  3. Barang mandian
  4. Wet tissue - untuk cuci poo poo baby
  5. Toilet roll
  6. Nappy cream
  7. Bedak/ Losyen (perlu ke?)
  8. Selimut
  9. Tilam/ bantal/ katil
  10. Lapik getah
  11. Kelambu
  12. Sabun/ berus untuk cuci botol susu
  13. Sabun cuci baju baby
  14. Baby bath basin
  15. Botol susu
  16. Breastfeeding set
  17. Milk Storage Bag
  18. Stoller/ Baby Carrier
** Ini adalah checklist peribadi saya, yang saya rasakan perlu untuk diri saya, dan semestinya berbeza dengan orang lain.. Jika perlu penambahan, minta maklumkan saya budak baru belajar :) Allahul mustaan.

Thursday 2 August 2012

Bismillahi wal hamdulillah :)

Ramadhan Mubarak!

Alhamdulillah. My baby is 32 weeks and 6 days old. MashaAllah how time flies! Sekarang ni, dah masuk 8 months, rasa sangat cepat masa berlalu. InsyaAllah baby akan menjengah dunia dalam masa 5-6 weeks ^^ Oh, memang rasa sangat cepat, sangat tak sabar nak tengok baby, but the poor thing is, the preparation is not yet done!

Allah Allah. Orang cakap, bila dah 7 bulan ke atas, kena bersiap sedia, mungkin baby akan keluar bila-bila masa :) Ya! Buku merah kena sentiasa dalam kereta atau handbag. Beg dengan kelengkapan asas baby kena ada. Oh.. Memang dah start rasa berdebar-debar + excited.

Okay, tentang checklist barang baby I'll update later.

Now, it's Ramadhan, and I'm 32weeks pregnant. Sebelum bertemu Ramadhan, memang ada rasa risau dan takut. Takut apa? Takut letih sepanjang hari berpuasa. Takut letih tak dapat bertarawih. Takut letih sebab sepanjang hari bekerja. Tetapi MashaAllah.. Sesungguhnya Allah memang Maha Penyayang. Alhamdulillah setakat ini (hari ke 14 Ramadhan), saya masih dapat berpuasa penuh, dan berharap dapat berpuasa sebulan penuh insyaAllah :)

Alhamdulillah, dapat pergi ke sekolah dan mengajar seperti biasa, dapat memasak untuk Iftar dan sahur, dapat bertarawih di masjid walaupun lapan rakaat. Sangat bersyukur ya Allah.



Ya Allah, Ramadhan yang kita jumpa setiap tahun adalah Ramadhan yang berbeza. Setiap saat dan hari-hari di bulan Ramadhan, tidak akan datang lagi. Ya, jika tertinggal walaupun sepatah zikir ketika satu saat di bulan Ramadhan, saat itu tidak akan kembali lagi. Ramadhan terlalu istimewa. Memang kita bukan hamba Ramadhan, kita adalah hamba Allah. Tetapi, Ramadhan adalah hadiah daripada Allah, bulan bermotivasi untuk kita berlumba- lumba beribadah -kerana Allah.

Malah, sekarang saya rasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bertemu Ramadhan ketika baby masih di dalam perut. Semoga keberkatan dan pentarbiyahan yang diperoleh sepanjang Ramadhan ini dirasai oleh baby juga. Baby juga belajar berpuasa. Baby belajar bertarawih. Baby belajar solat berjamaah. Baby belajar bangun awal untuk sahur dan solat malam. Kerana, kalau bulan-bulan sebelumnya, belum tentu ibu baby akan melakukan semua itu. Tetapi bulan Ramadhan ini mengajar kita sama-sama membina rutin yang baru, yang lebih dekat dengan Allah, sebagai momentum untuk rutin 11bulan akan datang sebelum bertemu Ramadhan berikutnya, insyaAllah.

Ya, Mama sangat yakin, my baby is a very good baby :) Allah yang menjaganya.

Ya Allah, moga hambaMu ini diberikan kesihatan dan kekuatan, juga kemudahan untuk melaksanakan ibadah yang paling baik, sepanjang bulan Ramadhan ini, juga sehingga bertemu Ramadhan seterusnya. Ameen ya Rabb.