Monday 17 September 2012

Fun and Leisure

Bismillahirrahmanirrahim.

I'm currently at my 39 weeks of pregnancy, MasyaAllah :)
Sekarang ni, dilemanya adalah bila baby nak keluar ni... Dah tak sabar sangat-sangat! ^^
Tengah makan, nak tidur, bangun tidur, masak and every single thing I'm doing, mesti fikir bila baby nak keluar. Berdebar juga sebab tak tahu macam mana situasi sakit nak bersalin tu akan berlaku ^_^

Apapun I always keep myself active walaupun dah ambil cuti awal. Pagi-pagi buat simple breakfast. Lepas bye-bye Abang, terus pergi our 'petting zoo'. Yes, our pet zoo :) Feed Mr. Chicken Licken and his wife, and also Mr. Bugs Bunny and his beloved wife. Oh, not to forget Mr. Blacky the cat and another baby chicken. The initial idea of having these pets were my hubby's. Saya suka binatang. Tetapi saya awal-awal lagi bagitahu suami, saya tidak mampu untuk beri komitmen kepada haiwan-haiwan ini. Sebab saya tahu saya jenis yang bagaimana. Kalau bela binatang ni perlu komitmen dan kesabaran yang tinggi. Bukan setakat nak memberi makan, tetapi perlu jaga kesihatan, kebersihan, emosi dan nalurinya juga. Hehe. Emosi dan naluri yang bagaimana? Ye la, mestilah kena bagi dia happy. Kadang-kadang nak berlari-lari dan melompat-lompat. That's the nature of animals right? Jadi, at least twice a week, mereka akan dilepaskan in the garden. 

And it's okay for me when Abang wants to have them because I believe that he takes good care of them, and it's a good therapy plus exercise for him as well. So, green light for Abang as long as rumah tak semak sangat ya! >.<

Mr. Bugs Bunny, Mr. Chicken n family

Ayam kesayangan Abang :)

Our pet zoo and garden kebanggaan Abang :)


Okay, back to my activities. In the morning I will take care of the pets. Bagi makan dan cuci sikit tempat tinggal dia tu. Then, siram pokok dan kemas bahagian luar rumah. Dah cuti kan, so I become a gardener for a while.

Then, start off with indoor house chores. Kemas-kemas, sapu-sapu, and  do the laundry. I always think, nanti masa berpantang, apalah yang boleh dibuat. Jaga baby la kannn... and of course blogging and facebooking! hehe :)

Dah siap semua, maka bermulalah aktiviti Facebook, blogging etc. Tengah hari sikit, baru fikir nak masak-masak. So far, my life as a housewife is not that bad. I mean, taklah terlalu boring or 'passive' as I have always thought of.

Okay, antara hasil sepanjang di rumah ini ialah saya berjaya membuat beberapa bouquet bunga yang dah lama tersimpan dalam stor. Ini adalah lebihan bunga yang digunakan untuk gubah hantaran. But since I'm expecting my baby, I do not have the intention of taking any orders on hantaran. Memang nak relax dan santai je menanti kelahiran baby :) 

Ini antara hasilnya :)

Red Roses!

Combination of purple and white roses :)

This one ambil dari rumah mama :)

Pink and light green, my favourite.
That's all for now. Pray for me :)

Regards,

Nabilah ^_^

Thursday 6 September 2012

Set Bersalin NR




Bismillahirrahmanirrahim.

As the title goes, that's exactly what I'm going to write about today. Yes, finally I have made my decision on my medication for confinement which is Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy. 



Oh memang agak susah untuk buat keputusan sebab rasanya semua produk pun ada kebaikannya. Saya mendapat pelbagai recommendation daripada kawan-kawan dan juga berdasarkan survey di blog mommies tentang produk yang mereka gunakan. Tetapi akhirnya saya menbuat keputusan untuk memilih set bersalin NR.

TESTIMONI POSITIF

Antara sebab saya memilih set bersalin ini kerana hampir 90% daripada hasil bacaan saya tentang pelanggan yang menggunakan produk ini memberikan testimoni yang positif. Kebanyakannya berpuas hati, terutama dari aspek melawaskan pembuangan air kecil dan besar yang menjadi masalah ibu-ibu semasa berpantang, selain mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh.

SIMPLE AND COMPACT

Selain itu, berbanding set bersalin yang lain, set NR ini agak simple dan hanya datang dalam enam item iaitu PhytoNatal, Minyak Herbanika, Akar Herbanika, Herbanika Barut, Uncang Cuci Herbanika, dan Herbanika Lulur. Kebanyakan ibu-ibu yang berkongsi menyatakan mereka lebih menggemari produk yang mudah digunakan seperti krim sapu, berbanding serbuk-serbuk yang perlu dibancuh dan sebagainya. *modern mommies kan, and I'm one of them* Jadi saya berpendapat set ini mudah untuk digunakan, tak perlu 'renyah' nak menggunakan terlalu banyak barang, takut tak habis pula :)

HARGA

Okay, berkaitan harga, memang harga set-set bersalin ini agak kompetitif. Berdasarkan survey saya untuk set NR, di kedai-kedai ubat dan jamu, dan juga kedai online, kesemuanya menawarkan harga RM300 dan ke atas. Harga untuk ahli Nona Roguy adalah RM300 tanpa bengkung. Tetapi, Alhamdulillah saya terjumpa sebuah kedai online yang menawarkan harga yang terbaik setakat ini iaitu RM300 termasuk kos pos, beserta hadiah lagi iaitu bengkung bertali (Bengkung Bodycare), barut baby, tungku baby dan pilis. Saya beli di sini; minanggunbeauty. Not bad and I believe it's worth buying :)

TRADISIONAL

Being me, sebenarnya saya suka dengan jamu-jamu dan petua tradisional ni, yang moden pun saya suka juga. I'm into both. Hehe. Saya suka nak lulur-lulur, minum air herba dan buat-buat macam mak dara. Ada kawan-kawan yang mencadangkan penggunaan ubat hemopati semasa berpantang. Saya juga agak tertarik untuk cuba vitamin- vitamin daripada Shaklee. Tapi, since this is my first time berpantang, I choose NR because it is in between, tradisional tetapi masih mudah untuk digunakan.

InsyaAllah saya akan buat review berkaitan set NR ini selepas berpantang nanti.

Semoga saya akan mendapat manfaat daripada produk ini, moga Allah memudahkan segala urusan saya semasa dan selepas berpantang. Semoga saya dapat menjaga baby dengan baik. Semoga saya dan baby akan sentiasa sihat. Ameen. 

Till then,  :)


Tuesday 4 September 2012

37 weeks

Bismillah :)

Apabila sudah masuk 36weeks, kekerapan check up di KK (Klinik Kesihatan) adalah seminggu sekali. Pheww! So a week after raya I went for my regular check up. My weight during Ramadhan was static or slightly increase, 64.1kg. After raya? My weight mounted to 65.9kg. 1.8kg increase within 1 week? Not bad! Haha. Darling baby weighs at 2.49kg. Alhamdulillah :)

That was last week. This week, my weight increase lagi, now 66.4kg. Oh my! I was suppose to add only 1kg in every 2 weeks, but I went over the limit which was an increase of 2.3kg, extra 1.3kg!

Nurse kata, kalau overweight perlu berhati-hati dengan risiko darah tinggi ketika mengandung. T_T So now,  I have to go to KK twice a week to check on my blood pressure. Hopefully, there's nothing serious. I will have to control my meal consumption now on. I almost reach the end line, huhuhu. 3 weeks to go. Gambate!