Tuesday 24 September 2013

Hana Nafisa 1 year old


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.

Hari ini, 24 September 2013, Hana Nafisa genap berusia satu tahun. *mashaAllah tabarakallah*

Menghitung hari sebelum tiba hari ini, memang mendebarkan, perasaan bercampur baur.

Gembira, terharu, risau, sedih, bersyukur.

Gembira melihat Hana semakin membesar, dari hari ke hari, dari bulan ke bulan. Sekarang mencecah satu tahun. Dari bayi yang kecil... kemudian pandai senyum, pandai bersembang.. (sembang gaya baby :)) kemudian berpusing, bergolek-golek, meniarap, merangkak, berdiri.. Allahu Akbar!

Terharu kerana tidak sangka sudah satu tahun bergelar seorang ibu.

Risau dan sedih, biasalah bila memuhasabah diri, adakah kami sebagai ibu bapa sudah menjalankan amanah menjaga zuriat ini dengan baik.

Dan paling utama, syukur, syukur dan syukur kepada Allah, hanya Allah mengetahui segalanya yang ada di dalam hati ini.

Terima kasih Allah :)


Hana Nafisa anak yang baik.. Mama sentiasa yakin, Hana memang anak yang baik.. Tidak banyak kerenah. Walaupun Hana kurang selesa jika bersama orang lain selain Mama dan Baba, tapi bagi Mama, Hana anak yang mudah dijaga.. Alhamdulillah..

Hana agak manja, mudah menangis kalau berjauhan dengan Mama. Biasalah, Hana kan masih menyusu badan, jadi memang normal "bonding" antara kita agak kuat.. Tak mengapa, Mama sangat bahagia.. Semasa Hana di usia beginilah Hana akan sangat rapat dengan Mama.. Nanti Hana dah besar, pandai berjalan, pandai berlari, Mama pasti rindukan saat Hana manja begini.. :)

Happy 1st Birthday Hana Nafisa.. :)
 
Mama sayang Hana.. Baba sayang Hana.. dan paling utama, Allah sayang Hana..

Moga Hana membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah.

Mama doakan Hana menjadi anak yang bijaksana dan pintar, untuk memberi sumbangan kepada Islam. Hana perlu bijak, untuk menjaga Islam, pada zaman Hana nanti.. Zaman Mama dan Baba pasti tidak akan sama dengan zaman Hana dewasa nanti.. Hanya ILMU, IMAN dan TAQWA yang dapat menjadi pendamping dan panduan buat Hana..

Hana Nafisa jadi yang terbaik di sisi Allah, terbaik dalam menuntut ilmu, terbaik dalam ibadah.. Terbaik di dunia dan akhirat, insyaAllah.. :)

Love,

Mama




Thursday 12 September 2013

The Great Friday

Bismillah.

Dear Hana Nafisa my Love,

It's Friday again. A beautiful day 

As in Islam, Friday is the Leader of all days.

It is a day full of Love, a day Allah answers our prayers, a day that Allah doubles countlessly our rewards if we do good deeds. MashaAllah!

One of the most important Friday routines is, reciting surah al-Kahfi.

Saying of the Prophet which means: Whoever recites surah Al-Kahfi on Friday, would he be blessed with light between the two of Fridays. (Reported by al-Hakim and al-Baihaqi).

May Allah guide us my Love. Let's do every beautiful things Allah encourages us to do, as our routine. It is for the eternal life in the hereafter, Sayang :)






Love,

Mama.

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Bismillah.

It's Friday.

Friday is a beautiful day.

Jumaat adalah hari yang sangat indah, istimewa, penuh barakah, penghulu segala hari.

Yes, I know that.

Tapi, yang sangat menghairankan, kenapa kita selalu mengabaikan hakikat ini.

Seringkali saya terfikir, banyak sekali kelebihan dan pahala yang Allah janjikan kepada kita sebagai hamba, untuk mendapat redha dan ganjaran yang sangat banyak berkali-kali ganda, tetapi kita tidak mengambil peluang tersebut.

Contohnya, adalah fadhilat membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Salah satu daripadanya, siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat berikutnya. Orang yang membaca Surah Al-Kahfi juga, terpelihara daripada fitnah Dajjal.





Okay, hari ini, nak kongsikan matan hadis yang menerangkan fadhilat tersebut.

Hadis ini saya ambil daripada link berikut, myibrah :

Sabda Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :
قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)
قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang berikutnya. ( H.R Baihaqi)


Moga bermanfaat :)

Wednesday 4 September 2013

Hana Belajar Membaca

Bismillah.
Sebelum ini, saya ada memperkenalkan flash cards untuk Hana, yang paling banyak adalah flash cards huruf Hijaiyah (huruf Jawi) dan gambar- gambar. Sejak Hana 4 bulan lagi. Kerana saya mahu Hana kenal huruf daripada Bahasa AlQuran terlebih dahulu, insyaAllah otaknya akan teransang dengan baik, dan mudah untuk menerima pelajaran yang lain.

Sekarang, saya bercadang untuk memperkenalkan huruf A,B,C (alphabets) insyaAllah..

Ya Allah, sebenarnya saya sangat banyak masa terbuang kerana tidak tahu teknik yang betul untuk memulakan sesi belajar bersama bayi.

Ini adalah panduan yang saya dapat daripada blog seorang ibu yang begitu komited dengan home-schooling.

Prinsip PERTAMA yang WAJIB anda semua patuhi sebagai ibu bapa ketika melakukan tugasan ini : LAPANGKAN HATI, SET MINDA YANG ANDA SEDANG BERMAIN DAN DI LARANG MENGUJI ANAK! Ini adalah satu permainan dan BUKAN PERTANDINGAN, jadi apabila bermain, tiada  peraturan khusus, dan permainan adalah suatu perkara yang MENYERONOKKANSO MAKE IT FUN! Jika anak buat salah 100 kali sekalipun, tidak mengapa! Keep on encouraging them to take the right letter and combine it together. Jika anda perlu ulang beratus kali untuk satu-satu perkataan itu, do it! Jika anda perlu bantu anak untuk ejakan perkataan tersebut, ejakan pada mereka walaupun anda terpaksa mengulangnya lagi & lagi!. Setiap kali anda rasa penat atau frust sebab anak masih tak dapat mengeja dengan betul, SILA KEMBALI KE PRINSIP PERTAMA! And yes...ketika anda rasa FRUST, ketika itulah sebenarnya anda SEDANG MENGUJI ANAK anda!

Jadi, mulai hari ini, dua perkara penting yang MESTI saya patuhi adalah :

1) Mesti bersabar. Walaupun perlu mengulang sebanyak 100 kali, ibu bapa perlu bersabar.

2) Dilarang menguji anak anda. Jadikan sesi belajar ini sesi bermain. Jika anak kita salah atau tidak menjawab dengan betul, betulkan dia. Jangan marah atau "judge" dia tidak dapat apa yang dipelajari.

InsyaAllah, saya mulakan hari ini! :)

Infant Visual Stimulation

Bismillah.

Assalamualaikum. :)

MasyaAllah, my last post was on 30th of January 2013? 7 months back? Am I that busy being a Mama? Haha. I guess.. Buat-buat busy.

I am suppose to update on Hana's development from time to time, but...?? Okay, my little warrior is 11 months already. Yeah, time really flies. And that really worries me if I do not spend every moment with fruitful and beneficial activities, for Hana specifically.

Okay, hari ini nak kongsikan sedikit tips tentang persediaan untuk memulakan sesi belajar dengan baby. Sebenarnya, sesi pengenalan kepada bayi boleh dimulakan seawal usia bayi kurang 1bulan, ya semasa di dalam pantang( jika ada masa ). Boleh mulakan dengan menunjukkan flash cards atau imej yang berwarna gelap dia atas permukaan putih, ini dapat meningkatkan keupayaan penglihatan anak dan melatih bayi untuk fokus. Ibu bapa boleh download daripada website atau Google "baby visual stimulation". Contoh gambar seperti di bawah ini:





Moga bermanfaat :)