Thursday, 2 August 2012

Bismillahi wal hamdulillah :)

Ramadhan Mubarak!

Alhamdulillah. My baby is 32 weeks and 6 days old. MashaAllah how time flies! Sekarang ni, dah masuk 8 months, rasa sangat cepat masa berlalu. InsyaAllah baby akan menjengah dunia dalam masa 5-6 weeks ^^ Oh, memang rasa sangat cepat, sangat tak sabar nak tengok baby, but the poor thing is, the preparation is not yet done!

Allah Allah. Orang cakap, bila dah 7 bulan ke atas, kena bersiap sedia, mungkin baby akan keluar bila-bila masa :) Ya! Buku merah kena sentiasa dalam kereta atau handbag. Beg dengan kelengkapan asas baby kena ada. Oh.. Memang dah start rasa berdebar-debar + excited.

Okay, tentang checklist barang baby I'll update later.

Now, it's Ramadhan, and I'm 32weeks pregnant. Sebelum bertemu Ramadhan, memang ada rasa risau dan takut. Takut apa? Takut letih sepanjang hari berpuasa. Takut letih tak dapat bertarawih. Takut letih sebab sepanjang hari bekerja. Tetapi MashaAllah.. Sesungguhnya Allah memang Maha Penyayang. Alhamdulillah setakat ini (hari ke 14 Ramadhan), saya masih dapat berpuasa penuh, dan berharap dapat berpuasa sebulan penuh insyaAllah :)

Alhamdulillah, dapat pergi ke sekolah dan mengajar seperti biasa, dapat memasak untuk Iftar dan sahur, dapat bertarawih di masjid walaupun lapan rakaat. Sangat bersyukur ya Allah.



Ya Allah, Ramadhan yang kita jumpa setiap tahun adalah Ramadhan yang berbeza. Setiap saat dan hari-hari di bulan Ramadhan, tidak akan datang lagi. Ya, jika tertinggal walaupun sepatah zikir ketika satu saat di bulan Ramadhan, saat itu tidak akan kembali lagi. Ramadhan terlalu istimewa. Memang kita bukan hamba Ramadhan, kita adalah hamba Allah. Tetapi, Ramadhan adalah hadiah daripada Allah, bulan bermotivasi untuk kita berlumba- lumba beribadah -kerana Allah.

Malah, sekarang saya rasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bertemu Ramadhan ketika baby masih di dalam perut. Semoga keberkatan dan pentarbiyahan yang diperoleh sepanjang Ramadhan ini dirasai oleh baby juga. Baby juga belajar berpuasa. Baby belajar bertarawih. Baby belajar solat berjamaah. Baby belajar bangun awal untuk sahur dan solat malam. Kerana, kalau bulan-bulan sebelumnya, belum tentu ibu baby akan melakukan semua itu. Tetapi bulan Ramadhan ini mengajar kita sama-sama membina rutin yang baru, yang lebih dekat dengan Allah, sebagai momentum untuk rutin 11bulan akan datang sebelum bertemu Ramadhan berikutnya, insyaAllah.

Ya, Mama sangat yakin, my baby is a very good baby :) Allah yang menjaganya.

Ya Allah, moga hambaMu ini diberikan kesihatan dan kekuatan, juga kemudahan untuk melaksanakan ibadah yang paling baik, sepanjang bulan Ramadhan ini, juga sehingga bertemu Ramadhan seterusnya. Ameen ya Rabb.

0 comments:

Post a Comment