Friday 27 April 2012

Only The Best For You, Sayang :)

Assalam.


Saya baru sahaja selesai satu program penting di sekolah iaitu hari anugerah cemerlang. Saya menyaksikan seorang ayah yang menangis saat dibacakan pencapaian-pencapaian anaknya yang dianugerahkan anugerah Pelajar Mithali. Ya, hanya si ayah ini tahu segala kesusahan yang dihadapi saat mendidik dan membesarkan anak ini. Mungkin ini adalah tangisan kegembiraan melihat anak yang dididik tumbuh menjadi khalifah Allah yang begitu disayangi dan bermanfaat kepada ummah. Saya juga turut rasa terharu, walaupun saya tidak mungkin dapat menyelami perasaan si ayah ini. Namun, saya cuba meletakkan diri saya sebagai seorang ibu, apakah kelak saya mampu mendidik anak saya dengan baik, apakah saya mampu untuk menyempurnakan segala hak yang sepatutnya saya berikan kepada anak-anak saya. Allah, semoga dipermudahkan urusanku dan
suamiku.

As a mother to be, I can now feel how every parents really want to do and to give the best to their child. Semoga Allah mempermudah dan memberi petunjuk kepada saya dan suami untuk menjaga amanah ini dengan sebaik-baiknya. Ada beberapa perkara yang cuba saya titikberatkan bermula saat saya mengandung, sehinggalah saat saya melahirkan seterusnya saat membesarkan anak anugerah Allah ini.

Pemakanan

Sejak mendapat tahu bahawa saya mengandung, memang saya dan suami sangat 'excited' juga teliti untuk memberikan yang paling baik kepada anak di dalam kandungan. Kami telah menghadapi pengalaman pertama yang agak memeritkan semasa kehamilan pertama dahulu. Jadi, suami saya sangat teliti menjaga pemakanan saya. Oh, saya tidak dibenarkan langsung untuk makan makanan pedas kegemaran saya terutama TOMYAM. Tetapi saya akur kerana segalanya demi anak tercinta. Saya juga tidak mengambil langsung dan kurangkan makanan atau minuman yang dikatakan 'tajam', mengandungi bahan pengawet dan processed food seperti nenas,strawberi, air kelapa, air tebu, jeruk, asam, burger dan sebagainya semasa di awal kehamilan. Secara jujur saya memang tidak tahu makanan apa yang boleh atau tidak boleh dimakan, saya tidak tahu apa yang tajam atau tidak, jadi saya hanya meletakkan syarat kepada diri untuk sentiasa makan makanan yang berkhasiat dan segar.

Seperti yang saya pernah kongsikan, semasa tiga bulan pertama kehamilan, saya mengamalkan pengambilan minuman kesihatan BIODEX iaitu Supreme Diet. Walaupun suami saya tidak begitu meyakini produk ini kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan (kerana saya mengambil minuman ini atas ijtihad sendiri, bukan cadangan doktor) tetapi Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang masalah selama mengamalkannya.

Okay, mengikut baby center terdapat banyak 'superfood' yang wajar diamalkan oleh ibu mengandung antaranya:
  • Susu 
  • Yogurt
  • Buah-buahan 
  • Sayur-sayuran
  • Multivitamins 


Setakat ini saya telah mencuba tiga produk susu iaitu EnfaMama, Anmum dan Dumex Mamil. Dan saya merasakan ketiga-tiganya sama sahaja :) Selain itu, saya juga mengambil susu kambing yang boleh dibancuh sendiri kerana susah untuk mendapatkan supply fresh goat milk.

Vitamins pula saya hanya mengambil folic acid, vitamin B complex, vitamin C dan Spirulina. Satu lagi tambahan adalah Ferromed yang diberi oleh Klinik Kesihatan.

Okay, that's all for now. Bersambung ke entry berikutnya. Gracias!

0 comments:

Post a Comment