Friday 27 April 2012

Makanan Sunnah Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada entri yang sebelumnya, saya ada bercerita sedikit tentang pemakanan semasa kehamilan. Walaupun terdapat bermacam-macam 'superfood' yang dicadangkan oleh Baby Center, saya akui saya tidak dapat konsisten dengan kesemua jadual dan aturan makanan-makanan ini atas faktor 'sibuk' dan 'malas' juga. Huhu. Oleh itu, setakat hari ini saya berusaha untuk mengamalkan amalan pemakanan mengikut sunnah Rasulullah.


Saya copy dari Facebook.

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"




1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias


Maka saya cuba amalkan setiap pagi iaitu:

  1. Makan tiga biji kurma
  2. Makan 7 biji kismis
  3. Minum 2 sudu madu, atau campurkan dalam air suam
Semoga saya dan anak di dalam kandungan mendapat keberkatan dengan memakan makanan sunnah ini, biiznillah :) Saya masih tercari-cari buah delima tetapi masih belum berkesempatan untuk makan, kalau hendak mudah minum sahaja Jus Tok Guru. Hehehe :D

*Baby sayang, semoga sihat sentiasa dalam kasih sayang Allah. Mummy n Daddy love u so much ^_^

0 comments:

Post a Comment