Saturday 28 April 2012

Asid Folik



Apakah asid folik? 

Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. 

Kenapakah saya perlukan asid folik? 

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan? 

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah sumber makanan yang terbaik? 

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. 

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah. 

Source: Baby Center ^__^

Friday 27 April 2012

Pendidikan Anak

Assalam.
La haula wala quwwata illa billah.


Video ini sangat memotivasikan diri saya untuk memberikan pendidikan Al-Quran sebagai asas kepada segala pendidikan untuk anak-anak saya kelak. Sungguh, pasti tidak mudah untuk ibu bapa melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh ibu ini. Pasti ada harga yang perlu dibayar. Apapun semoga Allah merahmati keluarga ini, dan menjadikan saya dan suami juga bersungguh-sungguh untuk mendidik anak-anak kelak. Cita-cita untuk mempunyai anak-anak yang dapat menghafaz Al-Quran, cemerlang di dunia dan akhirat bermula daripada diri saya sendiri! Allahul musta'an.



My baby, mari sama-sama kita berusaha! ^_^

Kegels Exercise

Okay, today I would like to talk about Kegel Exercise. Saya telah mengamalkan senaman ini sekali sekala. Hihi. Ini adalah sedikit info yang saya dapat daripada pembacaan. Moga bermanfaat dan dapat diamalkan bersama. Terima kasih kepada website ini.


Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.
Wanita hamil digalakkan membuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakan semasa bersalin.
Semasa pantang, Kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir

Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?

Ia cukup senang dibuat:
  1. Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
  2. Tahan selama 2-3saat
  3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
  4. Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
  5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.
What are Kegels?


Kegels are exercises you can do to strengthen your pelvic floor muscles – the muscles that support your urethra, bladder, uterus, and rectum. The exercises are named after Arnold Kegel, a gynecologist who recommended them back in the 1940s to help women with urinary incontinence, or diminished bladder control, which can happen after childbirth.
If you're not already doing Kegel exercises, start them now. Strengthening your pelvic floor muscles may help prevent or treat urinary stress incontinence, a problem that affects up to 70 percent of women during or after pregnancy. Kegel exercises may also help reduce the risk of anal incontinence.
Because Kegels improve circulation to your rectal and vaginal area, they may help keep hemorrhoids at bay and possibly speed healing after an episiotomy or tear during childbirth. Finally, continuing to do Kegel exercises regularly after giving birth not only helps you maintain bladder control, it also improves the muscle tone of your vagina, making sex more enjoyable.

How do I do them?

Start with an empty bladder. Imagine that you're trying to stop yourself from passing gas and trying to stop the flow of urine midstream at the same time. The feeling is one of "squeeze and lift" – a closing and drawing up of the front and back passages.
If you're not sure you've got it, one way to check is by inserting a clean finger into your vagina before doing a Kegel. If you feel pressure around your finger, you're on the right track. Or try a Kegel during lovemaking and ask your partner if he can feel it. 
Make sure that you're squeezing and lifting without pulling in your tummy, squeezing your legs together, tightening your buttocks, or holding your breath. In other words, only your pelvic floor muscles should be working.
Though you may have trouble isolating these muscles at first, it gets easier with practice. It might help to place a hand on your belly while you're doing your Kegels to make sure that it stays relaxed.
If you haven't been doing Kegels, start by holding each contraction for a few seconds before releasing, and relax for a few seconds after each one. As your muscles get stronger, you'll want to work up to holding each Kegel for ten seconds, then relaxing for ten seconds after each one. If you're suffering from urinary incontinence, try to hold a Kegel while you sneeze, cough, or lift something. You may find that it helps keep you from leaking.

Makanan Sunnah Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada entri yang sebelumnya, saya ada bercerita sedikit tentang pemakanan semasa kehamilan. Walaupun terdapat bermacam-macam 'superfood' yang dicadangkan oleh Baby Center, saya akui saya tidak dapat konsisten dengan kesemua jadual dan aturan makanan-makanan ini atas faktor 'sibuk' dan 'malas' juga. Huhu. Oleh itu, setakat hari ini saya berusaha untuk mengamalkan amalan pemakanan mengikut sunnah Rasulullah.


Saya copy dari Facebook.

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"




1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias


Maka saya cuba amalkan setiap pagi iaitu:

  1. Makan tiga biji kurma
  2. Makan 7 biji kismis
  3. Minum 2 sudu madu, atau campurkan dalam air suam
Semoga saya dan anak di dalam kandungan mendapat keberkatan dengan memakan makanan sunnah ini, biiznillah :) Saya masih tercari-cari buah delima tetapi masih belum berkesempatan untuk makan, kalau hendak mudah minum sahaja Jus Tok Guru. Hehehe :D

*Baby sayang, semoga sihat sentiasa dalam kasih sayang Allah. Mummy n Daddy love u so much ^_^

Only The Best For You, Sayang :)

Assalam.


Saya baru sahaja selesai satu program penting di sekolah iaitu hari anugerah cemerlang. Saya menyaksikan seorang ayah yang menangis saat dibacakan pencapaian-pencapaian anaknya yang dianugerahkan anugerah Pelajar Mithali. Ya, hanya si ayah ini tahu segala kesusahan yang dihadapi saat mendidik dan membesarkan anak ini. Mungkin ini adalah tangisan kegembiraan melihat anak yang dididik tumbuh menjadi khalifah Allah yang begitu disayangi dan bermanfaat kepada ummah. Saya juga turut rasa terharu, walaupun saya tidak mungkin dapat menyelami perasaan si ayah ini. Namun, saya cuba meletakkan diri saya sebagai seorang ibu, apakah kelak saya mampu mendidik anak saya dengan baik, apakah saya mampu untuk menyempurnakan segala hak yang sepatutnya saya berikan kepada anak-anak saya. Allah, semoga dipermudahkan urusanku dan
suamiku.

As a mother to be, I can now feel how every parents really want to do and to give the best to their child. Semoga Allah mempermudah dan memberi petunjuk kepada saya dan suami untuk menjaga amanah ini dengan sebaik-baiknya. Ada beberapa perkara yang cuba saya titikberatkan bermula saat saya mengandung, sehinggalah saat saya melahirkan seterusnya saat membesarkan anak anugerah Allah ini.

Pemakanan

Sejak mendapat tahu bahawa saya mengandung, memang saya dan suami sangat 'excited' juga teliti untuk memberikan yang paling baik kepada anak di dalam kandungan. Kami telah menghadapi pengalaman pertama yang agak memeritkan semasa kehamilan pertama dahulu. Jadi, suami saya sangat teliti menjaga pemakanan saya. Oh, saya tidak dibenarkan langsung untuk makan makanan pedas kegemaran saya terutama TOMYAM. Tetapi saya akur kerana segalanya demi anak tercinta. Saya juga tidak mengambil langsung dan kurangkan makanan atau minuman yang dikatakan 'tajam', mengandungi bahan pengawet dan processed food seperti nenas,strawberi, air kelapa, air tebu, jeruk, asam, burger dan sebagainya semasa di awal kehamilan. Secara jujur saya memang tidak tahu makanan apa yang boleh atau tidak boleh dimakan, saya tidak tahu apa yang tajam atau tidak, jadi saya hanya meletakkan syarat kepada diri untuk sentiasa makan makanan yang berkhasiat dan segar.

Seperti yang saya pernah kongsikan, semasa tiga bulan pertama kehamilan, saya mengamalkan pengambilan minuman kesihatan BIODEX iaitu Supreme Diet. Walaupun suami saya tidak begitu meyakini produk ini kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan (kerana saya mengambil minuman ini atas ijtihad sendiri, bukan cadangan doktor) tetapi Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang masalah selama mengamalkannya.

Okay, mengikut baby center terdapat banyak 'superfood' yang wajar diamalkan oleh ibu mengandung antaranya:
  • Susu 
  • Yogurt
  • Buah-buahan 
  • Sayur-sayuran
  • Multivitamins 


Setakat ini saya telah mencuba tiga produk susu iaitu EnfaMama, Anmum dan Dumex Mamil. Dan saya merasakan ketiga-tiganya sama sahaja :) Selain itu, saya juga mengambil susu kambing yang boleh dibancuh sendiri kerana susah untuk mendapatkan supply fresh goat milk.

Vitamins pula saya hanya mengambil folic acid, vitamin B complex, vitamin C dan Spirulina. Satu lagi tambahan adalah Ferromed yang diberi oleh Klinik Kesihatan.

Okay, that's all for now. Bersambung ke entry berikutnya. Gracias!

Update 18 weeks :)

Bismillahirrahmanirrahim.

As usual, Friday is always a good day to write :)

Alhamdulillah, I am 18 weeks and 5 days pregnant. MashaAllah tabarakallah.. Ya Allah, each and everyday is so beautiful, and I just keep missing and cannot wait to see my baby. Semoga Allah pelihara dan menjaga my baby, semoga selamat dilahirkan, seterusnya membesar menjadi hamba yang taat, soleh dan solehah. Ameen.

I'm still clueless, whether my baby is a boy or a girl.  Jadi setiap kali cakap dengan baby, mesti sebut dua2. Good boy, good girl. Or just good baby! Haha. I also still cannot detect any quickening. So, everything remains as a secret :) However, I'm indeed HAPPY to see my 'blooming' tummy. Orang cakap selalunya 5 bulan ke atas baru boleh rasa pergerakan baby. Ada yang dapat rasa lebih awal. Maybe baby dah bergerak-gerak, tapi kerana ini adalah kandungan pertama, I just don't feel it!

18 weeks

Baby, fetus at 18 weeks - BabyCenter

My next ANC at Klinik Kesihatan would be next week,  30 April 2012. Hopefully everything goes well.

So far, I haven't experience any severe pregnancy symptom. I am always looking forward for one stage after another. And I hope that I am always prepared :)

According to baby center, now I should be prepared for the visibility of stretch marks. Jadi setiap hari, saya sudah mula sapu Bio-Oil twice a day on the tummy, selepas mandi. Mengikut pembacaan saya, stretch marks ni tak boleh dielakkan kehadirannya, cuma boleh dikurangkan. There are various products in the store, but so far I would start off with Bio-Oil and see how it works on me. 



Here is another cream that I would consider to use later. :)

Palmers Cocoa Butter Massage Stretch Mark Cream 4.4 oz.

Oh I believe that pregnant ladies should be very careful in choosing any skin-care products or medicine. I hope that I'm using the right one, InsyaAllah.

Saturday 7 April 2012

Fourth ANC

Bismillah.

This is the fourth ANC at Dr. Noriah's. Kalau di Klinik Kesihatan kena tunggu 20weeks baru boleh scan semula. Jadi saya dan suami membuat ANC appointment di klinik swasta kerana rindu nak tengok baby :) Alhamdulillah, little khalifah sudah berusia 15 minggu 5 lima hari pada hari ini.

Tapi kali ini baby tak bergerak-gerak, dan berada dalam posisi sujud. Doktor tunjukkan denyut jantung, tulang belakang dan tulang peha yang semakin jelas. MashaAllah. Apapun we were indeed very happy. Abang sangat seronok, semoga anak kita membesar dengan sihat, dengan izin Allah. Thank you Allah :)



Rabbi jaalni muqeemassalati wa min zurriyati, 
Rabbana wa taqabbal dua',
Ameen

Friday 6 April 2012

Third ANC


Bismillahirrahmanirrahim.

This is the third ANC at Dr. Noriah's. Alhamdulillah, baby telah berusia lebih kurang tiga bulan. MashaAllah tabarakallah, semasa checkup kali ini, saya dan suami dapat menyaksikan baby bergerak-gerak, kaki menendang ke atas dan tangan melambai-lambai.Comel sangat, thank you sayang :)

Allah Allah, Alhamdulillah atas anugerah ini. 
La haula wala quwwata illa billah. Sungguh Allah Maha Besar.
Alhamdulillah :)