Thursday 12 September 2013

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Bismillah.

It's Friday.

Friday is a beautiful day.

Jumaat adalah hari yang sangat indah, istimewa, penuh barakah, penghulu segala hari.

Yes, I know that.

Tapi, yang sangat menghairankan, kenapa kita selalu mengabaikan hakikat ini.

Seringkali saya terfikir, banyak sekali kelebihan dan pahala yang Allah janjikan kepada kita sebagai hamba, untuk mendapat redha dan ganjaran yang sangat banyak berkali-kali ganda, tetapi kita tidak mengambil peluang tersebut.

Contohnya, adalah fadhilat membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Salah satu daripadanya, siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat berikutnya. Orang yang membaca Surah Al-Kahfi juga, terpelihara daripada fitnah Dajjal.





Okay, hari ini, nak kongsikan matan hadis yang menerangkan fadhilat tersebut.

Hadis ini saya ambil daripada link berikut, myibrah :

Sabda Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :
قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)
قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang berikutnya. ( H.R Baihaqi)


Moga bermanfaat :)

0 comments:

Post a Comment