Thursday 6 September 2012

Set Bersalin NR




Bismillahirrahmanirrahim.

As the title goes, that's exactly what I'm going to write about today. Yes, finally I have made my decision on my medication for confinement which is Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy. 



Oh memang agak susah untuk buat keputusan sebab rasanya semua produk pun ada kebaikannya. Saya mendapat pelbagai recommendation daripada kawan-kawan dan juga berdasarkan survey di blog mommies tentang produk yang mereka gunakan. Tetapi akhirnya saya menbuat keputusan untuk memilih set bersalin NR.

TESTIMONI POSITIF

Antara sebab saya memilih set bersalin ini kerana hampir 90% daripada hasil bacaan saya tentang pelanggan yang menggunakan produk ini memberikan testimoni yang positif. Kebanyakannya berpuas hati, terutama dari aspek melawaskan pembuangan air kecil dan besar yang menjadi masalah ibu-ibu semasa berpantang, selain mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh.

SIMPLE AND COMPACT

Selain itu, berbanding set bersalin yang lain, set NR ini agak simple dan hanya datang dalam enam item iaitu PhytoNatal, Minyak Herbanika, Akar Herbanika, Herbanika Barut, Uncang Cuci Herbanika, dan Herbanika Lulur. Kebanyakan ibu-ibu yang berkongsi menyatakan mereka lebih menggemari produk yang mudah digunakan seperti krim sapu, berbanding serbuk-serbuk yang perlu dibancuh dan sebagainya. *modern mommies kan, and I'm one of them* Jadi saya berpendapat set ini mudah untuk digunakan, tak perlu 'renyah' nak menggunakan terlalu banyak barang, takut tak habis pula :)

HARGA

Okay, berkaitan harga, memang harga set-set bersalin ini agak kompetitif. Berdasarkan survey saya untuk set NR, di kedai-kedai ubat dan jamu, dan juga kedai online, kesemuanya menawarkan harga RM300 dan ke atas. Harga untuk ahli Nona Roguy adalah RM300 tanpa bengkung. Tetapi, Alhamdulillah saya terjumpa sebuah kedai online yang menawarkan harga yang terbaik setakat ini iaitu RM300 termasuk kos pos, beserta hadiah lagi iaitu bengkung bertali (Bengkung Bodycare), barut baby, tungku baby dan pilis. Saya beli di sini; minanggunbeauty. Not bad and I believe it's worth buying :)

TRADISIONAL

Being me, sebenarnya saya suka dengan jamu-jamu dan petua tradisional ni, yang moden pun saya suka juga. I'm into both. Hehe. Saya suka nak lulur-lulur, minum air herba dan buat-buat macam mak dara. Ada kawan-kawan yang mencadangkan penggunaan ubat hemopati semasa berpantang. Saya juga agak tertarik untuk cuba vitamin- vitamin daripada Shaklee. Tapi, since this is my first time berpantang, I choose NR because it is in between, tradisional tetapi masih mudah untuk digunakan.

InsyaAllah saya akan buat review berkaitan set NR ini selepas berpantang nanti.

Semoga saya akan mendapat manfaat daripada produk ini, moga Allah memudahkan segala urusan saya semasa dan selepas berpantang. Semoga saya dapat menjaga baby dengan baik. Semoga saya dan baby akan sentiasa sihat. Ameen. 

Till then,  :)


0 comments:

Post a Comment