Saturday 14 June 2014

Bayi Belajar Melalui Permainan

Bismillah..

I always realize, that the more I read, I feel like there are a lot more things that I do not know.

MashaAllah, begitulah luasnya ilmu Allah Taala.

Kebelakangan ini, saya sangat berminat membuat carian dan membaca, bagaimana untuk meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak. Perkembangan otak kanak-kanak atau manusia sangat pesat berlaku semasa berumur 0-6 tahun. Kita semua dilahirkan dengan potensi, kebijaksanaan yang sama. Cuma bagaimana untuk mengembangkan segala potensi diri dan kebijaksanaan yang Allah berikan, bergantung kepada stimulasi dan latihan yang diberikan kepada otak dan tubuh, berdasarkan kepada persekitaran dan cara anak-anak dibesarkan.

Oleh itu, dengan sedikit ilmu dan perkongsian daripada ibu bapa yang lain, saya melakukan segala yang termampu, agar Hana dan juga anak-anak yang lain diberikan perhatian dan bimbingan yang terbaik untuk pembentukan intelek, emosi dan akhlak yang terbaik insyaAllah.


Saya baru tahu, bahawa kanak-kanak daripada usia kosong atau bermula hari bayi dilahirkan mereka adalah genius dan sangat bijak. Apa yang membezakan seorang dewasa dan seorang bayi adalah, orang dewasa akan membuat sesuatu keputusan berdasarkan logik dan persepsi, bagaimana sesuatu perkara sepatutnya diuruskan. Tetapi, seorang bayi, dengan kebijaksanaan yang Allah kurniakan, akan membuat sesuatu menggunakan semua deria yang beliau miliki, tanpa batas, tanpa sebarang persepsi. Sebab itu, apabila kita beri sesuatu kepada kanak-kanak, perkara pertama mereka buat ialah lihat benda tersebut (deria visual), kemudian goncangkan (pergerakan/kinestatik), sentuh (deria sentuhan), kemudian masukkan ke dalam mulut (deria rasa) dan bau (deria hidu).

Hebat kan? Sebenarnya mereka sedang bereksprerimen menggunakan kelima-lima deria :) 


Mengikut pendapat Glenn Doman, pengasas the Institute of achievement of Human Potential >>


The kids play about 90 sec. little kids, little mind, lil attention spend.
There are 5 ways to learn about the world, see it, hear it, taste it, smell it.
He looks at it(bright colors), he rattles it, he feel it, he taste it, he smells i.t
He use the 5 laboratories tests.
Then he tries to break it, to learn how it is made.
He throws it away, because there is nothing more to learn from it.
Every child wants to grow up, and he wants to grow up, right now.
The best teacher of the world is the mother and the father, on top of every teacher of the world.
On your worst  moment or day with your child, you are the top teacher for the child.

On your best day you are absolutely spectacular because you know your child better than anyone else.

Moga bermanfaat :)


0 comments:

Post a Comment